Tuesday 12 July 2011

DIARI LAMA




Di halaman diari ini aku amati selembar tulisan,
tentang perjuangan – bertitis air mata mengalir
namun tak sederas darah yang tumpah

Di naungan panji yang megah
kutegakkan cinta dan kasih sayang
anak bertuah bumi merdeka
pada semarak ulang tahun
diulit riang bersalut hiba
Dataran Merdeka menyambut suka
gagah perbarisan anak-anak Malaysia
menghayun langkah menongkah persada
riang di naungan nusa, makmur setiap ketika
sampai bila-bila.

Maksud
Rangkap 1 :
Perjuangan para perjuang dahulu amat hebat hingga menitiskan darah

Rangkap 2 :
Penyajak menanamkan rasa cinta pada negara dan menyaksikan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang gemilang dengan perasaan bangga. Penyajak mengharapkan negara akan makmur sampai bila-bila.

Tema
Semangat nasionalisme dalam jiwa rakyat Malaysia

Persoalan
a)    perjuangan pejuang dahulu untuk menegakkan kemerdekaan negara amat disanjungi
b)    perasaan bangga menjadi anak Malaysia yang merdeka
c)    banyak pengorbanan yang diperlukan dalam menuntut kemerdekaan

Nada
Patriotik

Bentuk dan ciri-ciri sajak
a)    bebas
b)    terdiri daripada dua rangkap
c)    rangkap pertama mempunyai dua baris dan rangkap kedua mempunai sepuluh baris
d)    bilangan katanya tiga hingga tujuh patah kata sebaris
e)    terdiri daripada tiga hingga enam belas suku kata sebaris
f)     rima akhir bagi rangkap pertama ialah abcad dan rangkap kedua ialah abcdcccccc

Gaya bahasa
a)    asonansi
b)    aliterasi
c)    sinkope
d)    personifikasi
e)    metafora

Nilai
a)    nilai pengorbanan
b)    nilai perjuangan
c)    nilai cinta akan negara
d)    nilai gigih
e)    nilai mengenang jasa

Pengajaran
a)    kita hendaklah berjuang bersungguh-sungguh demi menegakkan kedaulatan negara
b)    janganlah kita lupa akan jasa perjuangan orang terdahulu yang membawa Malaysia kea rah negara merdeka
c)    kita seharusnya berasa bangga dan bertuah kerana dilahirkan dalam negara yang merdeka, aman dan makmur
d)    kita hendaklah memiliki semangat cinta akan tanah air

5 Responses so far.

  1. Unknown says:

    maksud perkataan & frasa 'menongkah' & 'bumi merdeka' apa yaa??

  2. Anonymous says:

    useful

  3. Unknown says:

    Thank for the information... This sajak give many motivation to me..

Leave a Reply

komen anda