Rangkap 1 : | asap menyebabkan mata berair kerana pedih |
Rangkap 2 : | asap menyebabkan manusia lemas |
Rangkap 3 : | asap menyebabkan jantung sukar berfungsi |
Rangkap 4 : | asap menimbulkan rasa hangat dan tidak selesa |
Tema
Keburukan dan kesengsaraan yang timbul akibat daripada menghidu asap atau menghisap rokok kepada manusia
Persoalan
a) kesan jerebu dan pembakaran terbuka
b) kebakaran yang membawa malapetaka
c) bahaya merokok
Nada
Sinis
Bentuk dan ciri-ciri sajak
a) bebas
b) terdiri daripada empat rangkap
c) rangkap pertama dan rangkap kedua mempunyai lima baris, rangkap ketiga dan rangkap keempat mempunyai enam baris
d) bilangan katanya satu hingga sebelas suku kata sebaris
e) rima akhir bagi rangkap pertama ialah abccd, rangkap kedua ialah abcde, rangkap ketiga ialah abcdec dan rangkap keempat ialah abcdee
Gaya bahasa
a) asonansi
b) aliterasi
Nilai
a) nilai kesedaran
b) nilai prihatin
Pengajaran
a) janganlah kita menghisap rokok kerana asap yang terhasil itu membahayakan
kesihatan semua pihak
kesihatan semua pihak
b) kita harus sedar bahawa maut boleh datang dengan tiba-tiba hanya kerana asap
c) kita janganlah melakukan sesuatu yang merosakkan diri dan alam
One Response so far.