Ada suara hati,
yang tersisip
di celah buku-buku
ada mata batin
yang mengintip
pesan para guru
ada air jernih
yang tumpah
dalam dakapan perpisahan
ada tangan gatal
yang mengukir
merdeka, kita ke takah dewasa
MAKSUD
Suasana emosi yang bercampur-baur pada hari akhir persekolahan. Ada pelajar faham bahawa ilmu yang dimiliki perlu disematkan dalam diri, ada yang bersedih kerana berpisah dengan rakan-rakan dan guru. Tidak kurang juga yang gembira meninggalkan alam persekolahan dan berasa bebas kerana telah dewasa
hi..cikgu bahasa melayu...