Saturday 9 July 2011

KASUT KELOPAK JANTUNG



SINOPSIS

        Cerpen ini mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan hadiah setiap tahun, terutamanya pada Hari Guru teringat semula peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu sewakta beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman.
        Cikgu Harun sememangnya seorang guru yang tegas dalam soal keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah walaupun sudah tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Di padang sekolah, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun kerana tidak membawa pakaian sukan. Oleh sebab itu, Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan “kasut”. Ahmad merupakan murid yang patuh akan arahan gurunya terus mengikat kelopak jantung pisang. Dia berasa malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun yang sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut sekolah demi keselamatan kakinya. Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad berlari ke rumah supaya kasut kelopak jantungnya tidak dikesan oleh kawan-kawan.
        Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara tersebut dan mengetahui bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah. Cikgu Harun yang berasa kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui perkara yang sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama ibunya yang uzur dan tua tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik cili di kebun orang lain. Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah.
         Ahmad yang berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun telah belajar dengan gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai membalas jasa gurunya, Cikgu Harun.

TEMA: Kesusahan hidup seorang pelajar miskin dalam menempuh alam persekolahan dan usaha gigih
             seorang guru dalam mendidik anak muridnya.

PERSOALAN: 
  • Ketabahan dalam menuntut ilmu
  • Ketegasan seorang guru yang mahukan murid-muridnya berjaya
  • Kesusahan hidup masyarakat di pedalaman
  • Menghargai jasa guru.
WATAK DAN PERWATAKAN:

       Cikgu Harun - mengajar di kawasan pedalaman
                           - berwajah bengis
                           - tegas
                           - garang terhadap ank muridnya yang melanggar peraturan.

      Ahmad         - murid darjah tiga
                          - miskin
                          - lurus dan patuh arahan guru
                          - tabah dan gigih menuntut ilmu

      Ibu Ahmad   - wanita berusia separuh umur
                          - sudah uzur

LATAR:  LATAR MASA  -  waktu pagi dan petang
                                            -  sewaktu cikgu harun telah bersara
                 LATAR TEMPAT  -  kawasan pedalaman
                                                 - sekitar sekolah
                                                 - di rumah Ahmad
                 LATAR MASYARAKAT   - masyarakat guru yang mengajar di kawasan pedalaman
                                                               -masyarakat pedalaman yang hidup dalam kemiskinan.

GAYA BAHASA:
  • peribahasa (kaki ayam, lurus bendul, kecik hati)
  • bahasa Inggeris (uniform)
  • personifiaksi (diam membatu)
  • metafora (disapa penyesalan)
  • sinkope (tak, dah, nak)
  • simile (macam lembu sakit kaki, seperti kaki ayam yang mencakar najis)
NILAI:
  • nilai baik hati
  • nilai keikhlasan
  • nilai ketaatan
  • nilai kasih sayang
  • nilai kegigihan
PENGAJARAN:
  • kita hendaklah memahami penderitaan orang lain
  • kita hendaklah membantu ornag yang kurang bernasib baik
  • kita hendaklah mengenang jasa guru yang mendidik kita
  • kita hendaklah mentaati perintah guru

5 Responses so far.

  1. Unknown says:

    ini sangat berguna kepada saya
    terima kasih banyak-banyak^.^

  2. Unknown says:
    This comment has been removed by the author.
  3. kenape x sekali dengan contoh...??

  4. Unknown says:

    Plot dan teknik plot??????

  5. saya ambil maklumat di blog ni ye.....terima kasih banyak banyak pada pemilik blog ni..

Leave a Reply

komen anda