Saturday 9 July 2011

LEBAH DAN MADU


RANGKAP 1
Di pohon sana,
pada dahan pohon tualang
lihatlah lebah-lebah
sudah membuat sarang
serangga yang cergas
sentiasa hidup sepakat
sikap yang terpuji

Maksud : Lebah serangga yang cergas dan mengamalkan hidup bermasyarakat
 RANGKAP 2
Ada ratu ada pekerja
berkumpul dan bekerjasama
madu manisnya
penawar penyakit manusia

Maksud : Lebah ada pembahagian tugas yang jelas, namun tetap bekerjasama. Lebah menghasilkan madu yang berguna untuk manusia

RANGKAP 3
Lebah-lebah
pada dahan pohon tualang
kau membuat aku sedar
harus selalu berusaha
dan meninggalkan jasa
seperti madumu yang istimewa.

Maksud : Kumpulan lebah menarik perhatian penyajak untuk menjadikannya sebagai contoh, iaitu selalu berusaha dan berbuat jasa kepada semua.

Tema

Kesedaran untuk mencontohi lebah yang sentiasa bekerjasama, dan sepakat, selain berjasa kepada hidupan lain.


Persoalan

1 Ketekunan dalam melakukan sesuatu pekerjaan

2 Permuafakatan dalam sebarang pekerjaan

3 Kerajinan dalam menyempurnakan sesuatu tugasan

4 Ketaatan terhadap pemimpin

5 Kebijaksanaan dalam mengatur organisasi

6 Hidup berjasa sesama makhluk

7 Kepekaan terhadap sifat terpuji makhluk lain


Nilai

1. Bekerjasama - Kerjasama yang terjalin antara lebah sehingga mampu membuat sarang pada dahan pokok tualang.

2. Kerajinan - Kerajinan lebah dalam usaha membuat sarang dan menghasilkan madu.

3. Bersatu padu - Hidup lebah yang sentiasa bermuafakat dan bersatu padu telah membawa kejayaan.

4. Berjasa - Lebah berjasa besar kepada manusia kerana madunya menjadi penawar kepada penyakit.

5. Taat kepada pemimpin - Pekerja lebah mematuhi arahan ratu sebagai pemerintah.


Pengajaran

1. Kita hendaklah tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan

2. Kita hendaklah sentiasa bermuafakat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan

3. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua

4. Kita hendaklah bijak dalam memimpin

5. Kita wajiblah hidup berjasa sesama makhluk

6. Kita hendaklah mencontohi sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh makhluk lain

LATIHAN

latihan 1
latihan 2

7 Responses so far.

  1. Unknown says:

    Sukker and stupid blog

  2. Unknown says:

    don't have gaya bahasa dan bentuk,i need these note
    pleaseeee improve your note tq

  3. Unknown says:

    You've got a better blog than this huh? Who are you to say this blog stupid? Mind your language

  4. Unknown says:

    Bersyukurla ngan apa yng ada

  5. Unknown says:

    Bersyukurla ngan apa yng ada

  6. Unknown says:

    You've got a better blog than this huh? Who are you to say this blog stupid? Mind your language

Leave a Reply

komen anda